Pilih satu Halaman

SOALAN LAZIM

Di sini anda boleh mencari jawapan kepada soalan yang paling kerap ditanya oleh ahli Digiopinion lain.

Bagaimana cara untuk menjadi ahli?

Sila ambil perhatian bahawa mendaftar untuk keahlian adalah percuma.

Pertama sekali, anda perlu memilih negara anda. Buat akaun anda dengan alamat e-mel yang sama dengan alamat yang anda gunakan untuk kaedah pembayaran pilihan anda. Langkah ini penting! Isikan profil anda dengan seberapa banyak maklumat yang mungkin, supaya anda dapat menerima tinjauan yang sesuai dengan anda. Tambahan lagi, anda akan menerima tinjauan dengan lebih kerap jika profil anda mempunyai lebih banyak maklumat.

Kenapa poskod saya tidak diterima?

Sila cuba daftar sekali lagi dan pastikan anda telah menaip poskod dengan betul. Poskod perlu ditaip secara manual, dengan tiada ruang di antaranya (Anda boleh mencarinya di Google). Jika anda masih menerima mesej yang sama, hantarkan tangkapan skrin isu anda kepada kami dan kami akan menghubungi jabatan yang berkaitan untuk menyiasat dengan lebih lanjut.

Bagaimana kalau saya terlupa kata laluan?

Anda boleh menetapkan semula kata laluan anda dengan langkah berikut:

  • Pergi ke halaman log masuk.
  • Klik “Lupa kata laluan saya” di bawah kawasan log masuk.
  • Sekarang, taip alamat e-mel yang anda gunakan untuk mendaftar masuk portal tinjauan ini.
  • Kami akan menghantarkan e-mel kepada anda dengan segera. E-mel ini mengandungi pautan untuk menetapkan semula kata laluan anda.
  • Periksa peti masuk anda.
  • Klik pada pautan dalam e-mel.
  • Tetapkan kata laluan baru.
Bagaimana cara untuk menukar kata laluan?
  • Pertama sekali, pergi ke halaman profil.
  • Selepas itu, pergi ke bahagaian Keselamatan.
  • Dari sana, anda boleh membuat kata laluan baru.
Kenapa saya tidak menerima tinjauan?

Bilangan jemputan yang anda terima bergantung pada negara tempat tinggal anda. Peserta di negara tertentu akan menerima lebih banyak jemputan berbanding dengan ahli panel yang menetap di lokasi lain. Tambahan lagi, peserta dipilih mengikut umur, jantina, kebiasaan, tahap pendidikan, dll.

Semua keperluan ini ditetapkan oleh agensi pemasaran yang menghantar tinjauan.

Apa yang kami cadangkan kepada anda adalah untuk mengisi profil anda dengan seberapa banyak maklumat yang mungkin. Dengan cara ini, anda akan menerima tinjauan yang lebih sesuai dengan anda. Anda juga akan menerima tinjauan dengan lebih kerap jika profil anda mengandungi lebih banyak maklumat.

Kenapa saya tidak layak membuat tinjauan?

Untuk sesetengah tinjauan, sebuah kumpulan sasaran telah ditetapkan terlebih dahulu, berdasarkan perwatakan tertentu yang tidak termasuk dalam profil anda bersama kami. Ini sebabnya kadangkala situasi berlaku apabila anda tidak termasuk dalam kumpulan sasaran sesebuah tinjauan, walaupun jika anda menerima jemputan e-mel untuk tinjauan berkenaan.

Selalulnya, sesebuah kumpulan sasaran tertentu diperlukan untuk tinjauan. Kadangkala, terdapat “pra-tinjauan” yang mengandungi beberapa soalan untuk memeriksa jika anda sesuai dengan calon kumpulan sasaran. Jika komputer menyedari bahawa anda tidak layak untuk menjawab sesebuah tinjauan tertentu, anda akan dikeluarkan daripada tinjauan berkenaan. Ini selalunya berlaku semasa beberapa soalan permulaan, dan dalam kes yang jarang berlaku, pada hampir penghujung tinjauan. Dalam keadaan sebegini, tinjauan ini tidak didaftarkan.

Kami mencadangkan anda untuk mengisi profil anda dengan sebanyak maklumat yang mungkin. Cara ini akan mengelakkan daripada perkara sebegini berlaku kepada anda lagi dan anda hanya akan menerima tinjauan yang sesuai dengan anda.

Kenapa tinjauan mengambil lebih masa atau jumlah yang berbeza daripada apa yang dinyatakan dalam jemputan?

Sekali sekala anda mungkin akan dijemput ke dalam tinjauan, tetapi apabila anda bermula, anda akan dihentikan selepas beberapa soalan percubaan. Ini berlaku kerana anda tidak sepadan dengan kumpulan sasaran yang diperlukan. Perkara yang sama akan berlaku apabila tinjauan sudah ditutup.

Dalam kes sebegini, sistem kami akan mencari tinjauan baru untuk anda dengan segera. Jika anda mampu melengkapkan tinjauan tersebut, anda pasti akan menerima ganjaran untuk tinjauan ini. Anda akan menerima pampasan yang lebih tinggi untuk tinjauan yang lebih panjang dan pampasan yang lebih rendah untuk tinjauan yang lebih pendek.

Sebab kenapa anda menerima jumlah duit ganjaran yang berbeza atau mengapa tinjauan lebih panjang daripada yang dinyatakan dalam jemputan menunjukkan bahawa anda telah mengambil bahagian dalam tinjauan yang lain.

Kenapa saya tidak boleh meneruskan tinjauan kalau saya terkeluar secara tidak sengaja?

“Setiap pautan tinjauan hanya boleh diklik sekali sahaja. Atas sebab ini, malangnya anda tidak boleh berehat semasa menjawab tinjauan. Tambahan lagi, anda tidak boleh bermula semula selepas menutup tetingkap pelayar.

Malangnya, kami perlu buat sedemikian untuk mengelakkan penyertaan berbilang kali dan jenis penipuan yang serupa. Anda dinasihatkan untuk melengkapkan setiap tinjauan pada satu masa.

Dalam kes tiada aktiviti yang berterusan, mungkin terdapat gangguan sambungan internet. Ini mungkin akan memaksa tinjauan untuk dihentikan. Atas sebab keselamatan dan panduan penyelidikan pemasaran antarabangsa, sesebuah tinjauan tidak boleh diteruskan dan hasil jawapan tidak boleh disertakan dalam analisis. “

Kenapa anda sudah ada jawapan yang mencukupi?

Kami sentiasa menjemput lebih ramai daripada bilangan yang diperlukan, kerana kami tidak dapat menjangka berapa ramai akan mengambil bahagaian terlebih dahulu. Cara sedemikian penting untuk memberi jaminan kepada pelanggan kami bahawa sejumlah peserta tertentu dapat dicapai dalam jangka masa yang ditetapkan.

Program ini menghantar jemputan kepada semua orang yang sepatutnya layak menjawab tinjauan ini. Oleh kerana ia sebuah proses, bukan semua orang akan menerima jemputan pada masa yang sama. Sesetengah pengguna akan menerima jemputan ini lebih awal daripada yang lain, tetapi kesemua pengguna yang sepatutnya menerima jemputan ini akan menerimanya dalam masa tertentu, dan kami tidak boleh mengawal turutan bila ahli panel menerima sesuatu tinjauan.

Sebaliknya, agensi, yang menghantar tinjauan, memerlukan hanya sebilangan tertentu untuk tinjauan yang dilengkapkan. Apabila bilangan tersebut dicapai, tinjauan akan ditutup.

Satu perkara yang kami cadangkan adalah anda perlu isikan profil anda dengan sebanyak maklumat yang mungkin dan anda akan menerima tinjauan yang sesuai untuk anda. Tambahan lagi, anda akan menerima tinjauan lebih kerap jika profil anda mempunyai lebih banyak maklumat. 

Kenapa baki saya sama selepas melengkapkan tinjauan?

Selalunya, ganjaran tidak dapat dilihat dengan segera pada profil disebabkan isu teknikal. Apabila kami telah menerima pengesahan daripada tinjauan yang dilengkapkan, kami akan memberi ganjaran kepada anda dengan segera.

Bagaimana saya boleh memeriksa baki saya?

Anda boleh memeriksa baki anda di profil Digiopinion anda.

Bagaimana saya boleh membuat pengeluaran duit?

Tinjauan perlu dilengkapkan untuk menerima sesuatu ganjaran.

Anda juga perlu mencapai tahap pembayaran untuk membuat pengeluaran ganjaran dengan menggunakan kaedah pembayaran yang ditawarkan. Apabila pendapatan anda cukup untuk mencapai had pembayaran (USD 10), anda boleh membuat permintaan pengeluaran.

Sila ingat bahawa e-mel yang anda daftarkan di Digiopinion mesti sepadan dengan e-mel yang anda gunakan untuk kaedah pembayaran yang dipilih.

Berapa lama masa yang diambil untuk pemindahan duit?

Kadangkala ia akan mengambil masa beberapa hari bekerja untuk pembayaran didaftarkan. Ini disebabkan oleh isu teknikal dan tujuan butiran perbelanjaan akaun.

Jika pembayaran tidak berlaku dalam masa 5 hari bekerja, sila hubungi kami dengan segera. Kami akan berusaha untuk menyelesaikan isu anda dalam masa yang berpatutan.

Bagaimana cara untuk menghentikan langganan?

1) Log masuk ke dalam akaun Digiopinion anda.

2) Klik pada “Profil Anda”.

3) Klik pada “Edit”.

4) Pada bahagian bawah di sebelah kanan, anda akan nampak butang “Padam Profil”. Klik di sana.

Sila ambil perhatian bahawa ini akan memadamkan semua data anda, termasuk duit yang belum dibayar lagi. Anda boleh membuat profil baru, tetapi semua duit dan data transaksi yang lain tidak boleh dipulihkan semula.

Bagaimana saya boleh menghubungi pasukan sokongan pelanggan anda?

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di support@digiopinion.com

Perihal Perkhidmatan

Digiopinion ialah platform tinjauan berbayar global. Pengguna diberi ganjaran wang untuk setiap tinjauan yang lengkap. Laman web ini dimiliki dan dikendalikan oleh Opinodo ApS. Berhubung dengan pasukan sokongan di sini.

Opinodo ApS | Svanevej 22, 2nd floor | 2400 Copenhagen NV | Denmark